Make your own free website on Tripod.com
  1. Pemalar Sejagat :

 

 Seperti yang sedia maklum, terdapat satu daya yang menarik sebarang dua jasad ke arah satu sama lain. Daya ini di panggil daya graviti. Magnitud daya ini pula bergantung kepada jisim jasad jasad yang terlibat. Hasil ekperimen menunjukkan, magnitud daya graviti yang menarik sebarnag dua jasad ke arah satu sama lain di berikan oleh persamaan berikut ;

 

                F = G Mm

                          R2

 

Di mana  :    F = magnitud daya  ( di panggil Daya graviti )

                    M = jisim jasad pertama

                     M = jisim jasad kedua

                     R = jarak antara dua jasad itu.

                      G = satu pemalar (satu nombor / angka )

 

Formula ini betul untuk sebarang dua jasad. Dan nilai G itu pula tidak tertakluk kepada jisim atau ciri ciri lain jasad tersebut.  Sebab itu G di panggil pemalar kegravitian sejagat ( universal gravitational constant) .

 

Oleh sebab nilai G sangat kecil, maka daya yang bertindak di antara objek objek kecil seperti dua biji bola, sukar di kesan. Walau bagaimana pun, Daya graviti yang menrik dua buah kapal besar boleh di kira dengan menggunakan 

formula di atas. Dapatkan nilai G dari dalam Modul dan cuba kira daya graviti yang bertindak di antara dua buah kapal yang masing masing berjisim   100,000 ton dan  200,000 ton  . (1 ton = 1000 kg)

 

 

  1. Satah condong .

Tindabalas normal

 
 

 


           

 

 

 

 

 

 

 


           

 

 

           

Sebarang objek yang di letakkan di atas satah condong akan mengalami tindakan 3 daya.

i)                Daya tarik graviti ke bawah (ke arah pusat bumi )

ii)              Tindabalas normal, di kenakan oleh permukaan satah ke atas objek itu.

iii)            Daya geseran antara permukaan satah dengan permukaan objek yang bersentuhan mengarah ke atas satah.

 

Daya geseran  (Friction ) wujud di sebabkan oleh komponen tarikan graviti yang selari dengan satah mengarah ke bawah, P . Nilai P akan bergantung kepada pekali geseran antara satah dan permukaan objek yang bersentuhan, tindakbalas normal ke atas objek dan juga sudut antara satah dengan ufuk.

 

Jika P tidak melebihi had (limit) statik daya geseran , objek itu tidak akan menggelongsor ke bawah. Sebalik nya jika P melebihi had geseran statik, ianya akan mula menggelongsor turun .