Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Latihan 1

Tentukan samada bagi kes kes berikut bola itu mempunyai pecutan atau tidak dan berikan penjelasan ringkas.

 

Ada pecutan/tidak. Jelaskan

Vi = 5ms-1 Vf = 5ms-1

 


 

 

Vi = 5ms-1 Vf = 10ms-1

 


 

 

Vi = 10ms-1 Vf = 5ms-1

 


 

 

Vi = 5ms-1 Vf = 4ms-1

 


 

 

Vi = 5ms-1 Vf = 5ms-1

 

 

 

__________________________________________________________________________________________

 

Latihan 2

 

 

T T

Text Box: P a B a

Text Box: Q

3.5g sin(30) N

3.5g N 2g N 2g sin(60) N

30o 60o

A C

 

 

Pertimbangkan satu sistem seperti dalam gambarajah di atas. Sudut antara satah satah AB dan BC dengan ufuk adalah seperti yang di tunjukkan. Permukaan satah satah AB ,CB dan takal adalah licin. Jisim P dan Q adalah masing masing 3.5 kg dan 2 kg. Tentukan sama ada blok P dan Q akan menggelongsor turun atau tidak. Jika P dan Q bergerak, ke arah manakah gerakkan nya, dan tentukan pecutannya. (pecutan graviti , g = 9.8 ms-2 )

 

Penyelesaian.

Masalah ini boleh di selesaikan dengan langkah langkah berikut.

 

Langkah 1

Andaikan P bergerak ke atas satah dan Q turun satah. Kita ambil arah gerakan ini sebagai positif.

 

Langkah 2

Lukiskan daya daya yang bertindak ke atas P dan Q.

 

Daya daya yang bertindak ke atas P ialah :

Daya tarik gravity = 3.5 kg x pecutan gravity. = 3.5g N ke bawah

Tegangan tali = T

** daya tindak balas normal ke atas P=3.5gcos(30)

 

Daya daya yang bertindak ke atas Q ialah :

Daya tarik gravity = 2 kg x pecutan gravity. = 2g N ke bawah

Tegangan tali = T

** daya tindak balas normal ke atas Q=2gcos(60)

 

Untuk memudahkan kiraan, kita leraiakan daya yang bertindak ke atas P dan Q ke arah selari dengan satah masing masing.

 

Leraian daya graviti ke atas P = 3.5g Sin(30) , ( Ke bawah )

Leraian daya graviti ke atas Q = 2g Sin(60) , ( Ke bawah )

 

 

Langkah 3. Membentuk persamaan persamaan berdasarkan hukum hukum Newton.

 

Daya daya yang bertindak ke atas P:

 

T 3.5g sin(30) = 3.5 a --------------- 1 ( Daya bersih = hasil darab jisim P dengan pecutan )

 

Daya daya yang bertindak ke atas Q:

 

2g sin(60) T = 2 a --------- 2 ( Daya bersih = hasil darab jisim Q dengan pecutan )

 

Dari persamaan 1, T = 3.5 a - 3 .5g sin(30) ------------- 3

 

Gantikan persamaan 3 ke dalam persamaan 2; 2g sin (60) 3.5 a + 3.5 g sin(30) = 2a. ---------- 4

 

Selesaikan persamaan 4 di atas. Apakah nilai a ?

Nyatakan samada arah gerakan yang di andaikan pada awal tadi betul atau tidak.

 

 

Ulang pengiraan di atas itu dengan mengandaikan P dan Q bergerak meneruni satah AB.